Wednesday, August 10, 2011

0030 Tinggal Bersama Bapa Saudaranya Abu Talib

Setelah kewafatan Abdul Muttalib Nabi saw telah diambil oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Sebelum kewafatan datuknya Abdul Muttalib, Abu Talib ada menerima amanah dari Abdul Muttalib, iaitu mengambil Nabi saw sebagai anak peliharaannya. Perkara itu telah di beritahu kepadanya kerana dia adalah saudara seibu sebapa dengan bapa Nabi saw iaitu Abdullah, jadi mereka lebih rapat. Setelah meninggal Abdul Muttalib bermula lah penghidupan baru Nabi bersama penjaga barunya iaitu Abu Talib.


Disebabkan Nabi saw adalah kanak-kanak yang sangat baik dan baik budi pekertinya maka tidak hairanlah jika sesiapa yang mendapat tanggungjawab untuk menjaga Nabi saw menerima dengan senang hati. Bagitu juga halnya dengan Abu Talib, dia meletakkan Nabi sebagai insan yang sangat istimewa dihatinya, dia melayani Nabi saw tidak seperti dia melayani anak-anaknya sendiri. Dia selalu membawa Nabi kemana-mana sahaja dia pergi. Jarang dia meninggalkan Nabi di rumah seorang diri.


Oleh kerana kasing sayang yang ditunjukkan oleh bapa saudaranya tidak berbelah bagi, Nabi saw yang memahami keadaan itu berusaha untuk membalas jasa baik dan kasih sayang Abu Talib dengan mengambil upah menjaga kambing orang-oarang kaya Mekah. Nabi diberi upah untuk kerjanya itu dan upahnya itu sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi keluarga Abu Talib yang ketika itu mempunyai jumlah ahli keluarga yang besar.


Mengikut riwayat upah yang di bayar kepada Nabi saw adalah dalam bentuk 'kararit' Jika diikutkan dari sumber sejarah ia bermaksud wang emas atau dari satu riwayat lagi ia adalah kurma Hindi. Upah atau Kararit ini dibayar sebaik saja selesai Nabi saw menjaga kambing iaitu setiap petang atau senja Nabi akan dibayar untuk kerja yang dilakukan hari itu.



3 comments:

  1. assalam,saudara..sudah berhenti menulis sirah kah? menarik blog ni...mcm bc kembali buku-buku sirah.

    ReplyDelete
  2. w salam saya masih menulis, insya'allah doakan supaya saya istiqamah. terima kasih kerana mengikuti blog ni.

    ReplyDelete