Aminah binti Wahab memang sudah tahu soalan ini akan muncul dari anak tunggalnya itu. kerana dia tahu akan kecerdikan dan kepintaran Nabi, Aminah menceritakan perkara sebenar kepada Nabi. Berita ketiadaan ayahanda Nabi, yang telah kembali kepada Penciptanya menjadi satu berita yang sangat sedih kepada Nabi sekali gus membuatkan Nabi rindu kepada Allayarham ayahnya.
Dengan terbitnya permintaan dari anak tunggalnya untuk menziarahi kubur ayahnya, Aminah terus bersetuju kerana dia juga sangat rindu pada suaminya yang telah tiada itu. Aminah hanya menunggu saat yang sesuai untuk pergi menziarahi kubur suaminya. Setelah bersiap-siap untuk mengharungi perjalanan yang jauh. Mereka bertiga (Aminah, Nabi saw, dan Ummu Aiman) pun berangkat ke Yathrib. Setelah 15 hari dan 15 malam perjalanan, mereka pun sampai ke Yathrib.
Setelah berehat beberapa hari di rumah sanak saudara Aminah di perkampungan Bani an-Najjar, Aminah membawa anaknya ke makam suaminya, kerana kesedihan melanda jiwa Nabi ketika itu, Nabi menangis di atas pusara ayahnya walaupun dia tidak pernah melihat wajah ayahnya.
Setelah terubat rasa rindu terhadap Abdullah suami kepada Aminah binti Wahab dan ayah kepada Nabi saw, iaitu kira-kira 1 bulan mereka tinggal di Yathrib, maka mereka bertiga pun berangkat kembali ke Mekah.
Setelah sehari semalam berjalan, mereka pun berhenti berehat di Abwa, iaitu satu perkampungan di antara Mekah dan Yathrib, dan 23 batu dari Juhfah. Ketika di Abwa lah Aminah tiba-tiba sakit. Semakin hari semakin tenat. Setelah beberapa hari, maka meninggal lah Aminah. Disebabkan perjalanan ke Mekah masih jauh, maka Aminah dikebumikan di situ juga. Maka bersedih lah kembali Nabi saw. Dugaan datang dengan bertindih-tindih, untuk mendidik jiwa Nabi. Setelah selesai pengkebumian Aminah, Nabi dan Ummu Aiman pun balik ke Mekah bersama-sama rombongan yang kebetulan lalu hendak ke Mekah. Sepanjang perjalanan Nabi menangis kerana pemergian ibunya yang tercinta itu. Nabi hanya sempat bergaul mesra dengan ibunya selama 2 tahun selepas di pelihara oleh Halimatus Sa'adiah. Bayangkanlah kanak-kanak berusia 6 tahun telah kehilangan 2 orang yang disayangi. dan terpaksa mengharungi kehidupan sebagai anak yatim. Kerana itu lah Nabi saw berpesan tentang keistimewaan anak yatim dalam Islam. Walaupun dengan mengusap rambut anak yatim, Allah swt memberi ganjaran untuk perkara yang kita anggp remeh itu.
Makam Aminah binti Wahab di al-Abwa |