Monday, May 16, 2011

0010 Hasyim bin Abdul Manaf dan anaknya Syaibah

Malay



Selain menceritakan secebis kisah tentang beberapa orang datuk Nabi, seperti kisah Qusai bin Kilab dan kisah Hasyim dan anak saudaranya Umayyah, kisah Datuk nabi yang paling dekat iaitu Abdul Muttalib bin Hasyim akan di ceritakan agak panjang kerana kisah hidupnya penuh dengan ranjau dan dugaan.


Abdul Muttalib adalah anak kepada Hasyim bin Abdul Manaf. Ibunya bernama Salma bin Amru an-Najjariyyah, janda muda yang berasal dari Bani Najjar suku Khazraj di Madinah. Bani yang sama dengan Anas bin Malik, khadam dan sahabat Nabi yang hebat.


Bagaimanakah Hasyim berjumpa dengan isterinya?


Hasyim bin Abdul Manaf sering berulang alik dari Mekah ke negeri Syam atas urusan berdagang. Menjadi kebiasaan kepada para pedagang dalam perjalan ke Syam, mereka akan singgah di Yathrib (Madinah) kerana kedudukan Yathrib dalam laluan ke Syam. Mereka juga berhenti berehat dan berniaga di sana. Menjadi kebiasaan untuk pedagang-pedagang Mekah untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas dan ke Yaman pada musim sejuk, perkara ini ada di nyatakan dalam al-Quran dalam surah al-Quraisy.


Setelah sekian lama berdagang di Yathrib, Hasyim pun bertemu dengan Salma di sebuah kedai makan, di Yathrib. Ketika itu Salma bukan lagi seorang anak gadis, tetapi sudah pernah berkahwin. Sungguhpun begitu Ramai lelaki di situ terpikat dengan kecantikan Salma dan keperibadiannya. Tetapi disebabkan Salma selalu mengenakan syarat kepada mana-mana lelaki yang berkenan untuk memperisterikannya, iaitu sesiapa yang ingin menjadikan Salma isteri mereka, hendaklah menyerahkan kuasa seluruhnya kepada Dia, Salma tidak ingin menjadi isteri yang terkongkong setelah berkahwin, tidak ramai lelaki yang ingin dekat kepadanya.


Hasyim yang memikirkan jika dia berkahwin dengan Salma yang mempunyai fikiran yang cerdas itu, bakal anak-anaknya nanti akan mempunyai kecerdasan minda seperti Ibunya, terus menerima syarat itu. Maka berkahwinlah mereka. Setelah berkahwin Hasyim membawa isterinya menetap di Mekah.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Syaibah (yang bermaksud si uban, kerana terdapat beberapa helai uban dikepalanya) dan kanak-kanak ini lah kemudiannya terkenal dengan nama Abdul Muttalib.


Kerana kekurangan sumber rujukan, penulis tidak dapat pastikan saudara-saudara lelaki dan perempuan kepada Abdul Muttalib atau Syaibah ini. Kecuali seorang iaitu Asad bin Hasyim iaitu bapa kepada Fatimah isteri Abu Talib, ibu kepada Sayyidina Ali.


Berbalik kepada cerita asal nama Abdul Muttalib.


Setelah Hasyim bin Abdul Manaf meninggal. Saudaranya iaitu al-Muttalib telah membawa balik Syaibah ke Mekah. Ketika memasuki pintu gerbang Mekah ramai lah yang bertanya


"Siapa yang tuan bawa di belakang itu? sambil menunjuk-nunjuk budak kecik di belakang tunggangan untanya.


Al-Muttalib menjawab:


"Dialah Anak Saudara ku Syaibah"


Oleh kerana orang-orang Mekah tidak percaya akan kata-kata al-Muttalib, iaitu mereka mengatakan bahawa budak itu adalah hamba yang dibeli olehnya di pasar Yathrib. Lalu akhirnya orang Mekah terus menamakan Syaibah dengan Abdul Muttalib yang bermaksud 'Hamba Si Muttalib'


begitulah secebis kisah Abdul Muttalib.


English Version




0010 Hasyim bin Abdul Manaf and his son Syaibah

We proceed now to the story about Abdul Muttalib, son of Hashim and grandfather to the prophet Muhammad pbuh.  This will be discussed in length since his story is filled with trials and tribulations. 

Abdul Mutallib is the son of Hashim bin Abdul Manaf and Salma bin Amru an-Najjariyyah, a young widow from the Najjar’s Khazraj clan in Madinah.  The same clan as Anas bin Malik, a servant and great friend to the prophet Muhammad.

How they met

Hasyim bin Abdul Manaf frequently travelled from Mekah to Syam due to the nature of his business.  Generally traders from Mekah would stop by Yathrib (Madinah) on their way to Syam, to rest and at the same time, trade.  They would usually travel to Syam during the warm season and to Yaman during the cold.  This fact was also stated in the Quran, from the verse al-Quraisy.

One day when he was in Yathrib, Hashim saw Salma at a restaurant.  At the time Salma was already a widow.  She was a well-known beauty with a great personality to match, hence a very sought-after woman.  However, Salma conditioned that her husband would be a man willing to sacrifice everything to Allah and that she should not be controlled by her husband in her marriage.  This of course deterred her suitors.  

Nevertheless, this attracted Hasyim even more, as he thought that Salma’s witty conditions meant that she was smart and therefore if they were to be married, they would have children as clever as their mother.  He accepted her conditions and brought his newly-wedded-wife to Mekah.

Their union was blessed with children, one of whom was named Syaibah (which meant ‘the grey-haired’, due to the few strands of grey-hair on his head). This child would later be known as Abdul Muttalib.
Because of this writer’s lack of resources, the writer couldn’t determine the names of all of the siblings to Abdul Muttalib or Syaibah.  One sibling mentioned in the writer’s resources was Asad bin Hasyim, father of Fatimah who was the wife of Abu Talib and mother to Ali.

Now back to Abdul Muttalib’s story.


After Hasyim bin Abdul Manaf’s death, his cousin, al-Muttalib brought Syaibah back to Mekah.  Upon their arrival, many asked al-Muttalib about the child.

“Who is that child behind you?”

They asked, while pointing to the child sitting behind him on the camel. 

He answered, “He is my nephew, Syaibah.”

Yet they did not believe him and alleged that the child was a slave bought by al-Muttalib from the market in Yathrib.  This was how the child became known as ‘Abdul Muttalib’ which means ‘Muttalib’s slave’.

No comments:

Post a Comment