Monday, May 9, 2011

0001 Qusai Datuk Nabi Paling Terkemuka (Qusai, The Prophet’s Most Famous Grandfather)

Malay



Qusai bin Qilab ialah datuk Nabi yang keempat dan paling terkemuka. Qusai bukanlah namanya yang sebenar, itu adalah nama sandaran sahaja. Amru adalah namanya yang sebenar. Begitu juga dengan nama bapanya Kilab, nama sebenar bapanya adalah Hakim. di gelar nama Kilab ( yang bermaksud anjing) kerana beliau ada memelihara beberapa ekor anjing untuk tujuan berburu.


Qusai bin Kilab adalah pembesar Quraisy yang pertama memegang banyak jawatan di Mekah. Dia menjawat jawatan al-Hijabah ketika dia berusia 50 tahun yang sebelum itu di pegang oleh suku kaum Khuza'ah. Kaum Khuza'ah ini telah merampas jawatan yang selama ini dipegang oleh kaum Jurhum iaitu  datuk nenek Qusai yang sambung menyambung dengan Nabi Ismail as.


Kilab bin Murrah telah dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu Qusai dan  Zuhrah hasil perkahwinannya dengan Fatimah binti Saad bin Sayal. Kilab meninggal dunia ketika Qusai masih kecil. Disebabkan itu Qusai tidak sempat mengenali wajah ayahnya.


Setelah itu ibunya Fatimah telah berkahwin sekali lagi dengan Rabiah bin Haram. Selepas perkahwinan mereka, mereka telah berpindah ke negeri Syam untuk membina hidup baru disana. Ketika mereka disana, Fatimah dan Rabiah dikurniakan seorang lagi anak dan dinamakan Darraj.


Qusai ketika itu masih menyangka yang Rabiah itu adalah bapa kandungnya. Tetapi rahsia itu akhirnya bocor apabila Qusai bergaduh dengan saudara seibunya iaitu Darraj. Oleh kerana Qusai menganggap Rabiah adalah ayah kandungnya maka dia pun mengadu akan perihal adiknya Darraj. Tindakan Qusai itu telah dilihat oleh Kaum Rabiah bin Haram yang mana mereka tahu kedudukan semua anak-anak Rabiah. Lalu mereka pun berkata "usahlah dia cuba mengadu-adu kan dirinya dengan meminta pembelaan dari Rabiah bin Haram, kerana orang tua yang selamanya dianggap ayah kandungnya itu sebenarnya bukanlah ayahnya yang sejati".


Oleh kerana rasa terhina dengan ejekkan itu, maka Qusai pun beralih arah mengadu nasibnya kepada ibunya pula. Oleh kerana memikirkan kebaikan untuk memberitahu perkara sebenarnya, maka Fatimah pun memberitahu perkara sebenar kepada Qusai.


Fatimah memceritakan tentang martabat ayahnya Qusai adalah tinggi jika dibandingkan dengang ayah tirinya Rabiah. Dan lagi keturunan ayahnya menetap di Mekah. Fatimah tahu yang perkara ini boleh menyebabkan dia dan anaknya Qusai berpisah... tapi apakan daya Fatimah mesti menceritakan hal sebenar untuk kebaikan Qusai yang semakin hari semakin cerdik dan cerdas.




English Version



Qusai bin Kilab is prophet Muhammad's (pbuh) fourth and most famous grandfather.  His real name is Amru though he was known more as Qusai.  Likewise, his father's name is actually Hakim but he was called Kilab (which means dog) for he was known to own hunting dogs.   



Qusai bin Kilab was the first Quraishi dignitary who held multiple important governmental positions in Mecca.  He was an al-Hijabah when he was 50 years old; the predecessor for that position was a Khuza'ah.  The Khuza'ah's had seized that position from the Jurhum's, Qusai's ancestors; a lineage of the prophet Ismail.



Kilab bin Murrah was blessed with 2 offsprings, Qusai and Zuhrah, from his marriage to Fatimah binti Saad bin Sayal.  Kilab died when Qusai was a baby.



Qusai’s mother, Fatimah later remarried, this time to Rabiah bin Haram.  They moved to Syam after their wedding to start anew.  Whilst there, they had another son named Darraj.



Qusai, whose father passed away when he was very young thought that Rabiah was his birthfather.  However one day, he had an argument with his half-brother, Darraj.  Thinking that Rabiah was his real father, he went to Rabiah to tell him about their fight.  This was witnessed by Rabiah bin Haram’s relatives who knew that Qusai was only Rabiah’s stepson.  So they said, “He should not tell on his brother and ask for Rabiah bin Haram to defend him, because the old man he had always thought as his father was really not his birthfather.”



Feeling insulted by that comment, Qusai turned to his mother.  His mother, thinking that being truthful would be good, told him the truth.

She told Qusai that his birthfather ranked higher in their society as compared to his stepfather, and that his real relatives reside in Mecca.  Fatimah sensed that revealing this fact would probably cause her and Qusai to split ways, but she had no choice but to tell him the truth, since intelligent Qusai is getting smarter as days go by.




No comments:

Post a Comment