Monday, May 9, 2011

0002 Qusai Kembali ke Mekah (Qusai Returns to Mecca)

Malay


Qusai tahu akan niat ibunya yang murni itu. bukanlah niat ibunya menceritakan hal itu dengan niat untuk melihat Qusai kembali ke Mekah. Tetapi Qusai terpaksa ke Mekah kerana ingin menghubungkan kembali dirinya dengan kerabatnya di Mekah. dan lagi dia di Syam sudah tidak ada pembela lagi. kerana ayahnya Rabiah bin Haram bukan ayahnya yang sebenar. Lebih baik dia berada dalam kelompok kaum nya iaitu kaum Quraisy yang mana kaum yang paling mulia seluruh tanah arab.


Setibanya dia di Mekah, didapati bahawa penguasa Mekah berada dalam tangan kaum Khuza'ah, mereka menguasai semua kepentingan yang ada di Mekah. Sebelum itu kaum Jurhum lah yang menjaga kepentingan Mekah. Zaman kegemilangan kaun Jurhum yang merupakan kaum Nabi Ismail as, kerana isteri nabi Ismail as adalah wanita Jurhum telah berlalu ditelan zaman. Di Mekah kaum Jurhum masih lagi ramai yang tinggal di sana, cuma mereka sudah bertukar nama kaum mereka kepada kaum arab Quraisy.  Dan itu lah tujuan Qusai bin Kilab kembali ke Mekah untuk mengembalikan maruah dan kegemilangan kaum Quraisy yang telah dirampas oleh kaum Khuza'ah.


Perkara pertama yang dilakukan oleh Qusai adalah mencari penjaga kunci Ka'abah. Ketika Qusai sampai disana ,didapati bahawa penjaga kunci Ka'abah berada dalam tangan Hulail bin Hubsiyah dari suku Khuza'ah.Hulail sememangnya seorang yang sangat cerdik dan pintar. Untuk merampas kedudukan itu Qusai perlu berfikir lebih dari Hulail untuk merampas kembali kedudukan suku Khuza'ah di Mekah.

dipetik dari Rahsia Rasul Ulul Azmi terbesar -Tarikuddin bin Haji Hassan keluaran Jahabersa




English



Qusai understood his mother’s good intentions and knew that she did not reveal the truth only for him to return to Mecca.  But Qusai just had to go back to Mecca so that he could meet with his relatives.  Additionally he no longer had anyone to protect him in Syam, since it was revealed that Rabiah bin Haram was not his real father.  Qusai would prefer to be in the company of his own people, the Quraisy, the noblest people of the entire Arab nation. 

When he arrived in Mecca, he found out that it was now governed by the Khuza’ahs, who held all of the important positions which were previously held by the Jurhums.  The Jurhums were at the peak of their glory during the prophet Ismail’s reign.  Ismail a.s was married to a Jurhum woman. However the Jurhum’s golden age had passed.  While many of the Jurhums still reside in Mecca, they renamed themselves the Quraisy.  Hence Qusai returned to Mecca with the intention to restore the Quraisy’s dignity and what was rightfully theirs.

The first thing that Qusai did upon returning to Mecca was to search for the Kaabah’s key keeper.  At the time, the key keeper was the clever Hulail bin Hubsiyah, a Khuza’ah.  In order for Qusai to return the Quraishi’s to their previous glory, Qusai must outsmart Hulail.  


Source: Rahsia Rasul Ulul Azmi terbesar -Tarikuddin bin Haji Hassan keluaran Jahabersa



No comments:

Post a Comment