Tuesday, May 17, 2011

0013 Kisah Penyembelihan Abdullah

Malay 


Masyarakat Arab jahilliah amat berbangga jika mereka dikurniakan anak yang ramai. Lebih-lebih lagi jika anak lelaki yang ramai. ini kerana pada masa itu mereka mempunyai semangat perang yang tinggi. Mereka akan berasa malu jika sebaliknya iaitu jika mereka dikurniakan anak perempuan, kerana anak perempuan bagi mereka lebih banyak mendatangkan kesusahan dari kesenangan, terutamanya bila berlakunya peperangan. Disebabkan hal itu ada diantara masyarakat Arab jahilliah dulu sanggup menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup dalam pasir.


Samalah seperti apa yang dirasakan oleh Abdul Muttalib, tetapi Abdul Muttalib amat sayang akan anak-anaknya, Abdul Muttalib mempunya jiwa yang sangat hebat dan bersih. Dia tidak terikut-ikut dengan budaya Arab jahilliah ketika itu.


Oleh kerana Abdul Muttalib terlalu inginkan anak lelaki, maka Dia bernazar pada Allah swt. Nazar yang belum pernah di lakukan oleh masyarakat Arab ketika itu. Dia bernazar jika dia dikurniakan 10 orang anak lelaki dia akan menyembelih seorang dari mereka sebagai korban kepada berhala.


Dengan Izin Allah, maka Abdul Muttalib pun dikurniakan dengan 10 orang anak lelaki, setelah 30 tahun menunggu.


Dengan genapnya 10 orang anaknya, maka Abdul Muttalib pun membawa ke semua anak lelakinya ke hadapan Ka'abah untuk melaksanakan nazarnya. Iaitu di antara dua berhala Isaf dan Nailah, yang juga tempat yang sama terdapat telaga Zam-zam. Tujuan dibawa anak-anaknya disitu supaya dapat ditentukan anak yang manakah patut dijadikan korban, melalui cara undi.


Hal ini telah diketahui oleh para pembesar Quraisy yang lain, maka berpusu-pusu lah mereka datang ke tempat upacara itu dilaksanakan untuk melihat sendiri upacara membuang undi yang akan dilakukan oleh Abdul Muttalib.


Setelah 3 kali mencabut undi, didapati Abdul Muttalib hanya nama Abdullah sahaja yang keluar. Maka timbullah rasa sebak dalam dirinya kerana dia terpaksa menyembelih Abdullah untuk korban. Tidak disangka oleh Abdul Muttalib yang anak yang paling disayangi itulah yang akan menjadik korban.


Melihatkan perkara itu dimana Abdul Muttalib sangat nekad untuk menyembelih anak kesayangannya itu dan kerelaan Abdullah untuk disembelih, maka para pembesar Quraisy pun bertanya kepada Abdul Muttalib.


"Wahai Abdul Muttalib, kemanakah tuan hendak membawa anak tuan ini?"


"Saya mahu menyembelihnya bagi menunaikan nazar saya pada Allah." Jawab Abdul Muttalib.


"Kami tidak dapat membiarkan tuan dalam hal ini, kita mesti berusaha mencari jalan lain untuk mengelak perkara ini daripada terjadi. Demi Allah jika tuan melaksanakan perkara ini, maka kami takut jika ia akan ditiru oleh orang lain pula, Tentu ramai orang lain akan menyembelih anak mereka sebagai korban."


Para pembesar memang ada hujah yang kuat untuk memberhentikan niat Abdul Muttalib itu. Abdul Muttalib adalah seorang pembesar, secara tak lansung dia juga adalah sebagai tanda aras kepada apa-apa yang terjadi di Kota Mekah. Jika buruk perilakunya maka buruk lah perilaku dan keadaan masyarakat disitu.


Kemudian datang seorang pembesar Quraisy berkata kepada Abdul Muttalib.


"Wahai Abdul Muttalib, janganlah tuan menyembelih anak tuan ini. Kita cari jalan lain sahaja untuk menebusnya. Kami bersedia mengusahakan harta kami seberapa banyak yang boleh untuk menebusnya."


Setelah ramai yang membangkang niat nya itu maka insaflah Abdul Muttalib untuk meneruskan Nazarnya itu.

English 


0013 The slaughter of Abdullah.


During the ‘Days of Ignorance’ (jahiliyyah) of the Arab community, being blessed with many children was a source of pride.  Even prouder would they be, if they had many sons.  This was due to the fact that they were so keen on having wars.  They, in turn would be ashamed if they had many daughters since daughters were seen as a burden, especially during wartime.  Thus some of them took the extra length and buried their daughters alive.

Abdul Muttalib, on the other hand, loved is children dearly.
  He had a big heart and was sincere and not swayed by the jahiliyyah Arabs’ culture during the time.

Since he really desired a son, he vowed to Allah that if he was given 10 sons, he would slaughter one of them as a sacrifice to the idols that were worshipped by the jahiliyyah Arabs.  Vows such as these were unheard of in the community at the time.


His prayers were answered and after 10 years he was blessed with 10 sons, remembering his promise, he brought his 10 sons to the front of the Kaabah .

He placed his sons in front of 2 of the idols named Isaf and Nailah.  Also situated there was the Zam-zam well.  He decided that he would choose the son by drawing a name out of a bowl.

When the Quraisy dignitaries learned about this, they flocked to the Kaabah to watch.

After 3 draws, it appeared that at all 3 times only Abdullah’s name was drawn.  Abdul Mutallib was deeply saddened by this.  Nevertheless, he had no choice and decided with distraught to sacrifice Abdullah, his favourite son. 

Seeing that Abdul Muttalib was determined to proceed with his plan, the dignitaries asked:

“O Abdul Muttalib, where are you taking this child?”


“I am going to sacrifice him to fulfil my vows to Allah,” came the answer.


“We can not let you do this, and we will find ways to prevent this from happening.
  By Allah, if you proceed with this, we are afraid that others will do the same, and more people would slaughter their sons as sacrifices.”

That was a strong argument by the dignitaries.  They figured that since Abdul Muttalib was like them, a dignitary, he was also an authority figure and this act would indeed not be a good example to the society.

Then one of the dignitaries said to Abdul Muttalib:

“O Abdul Muttalib, do not slaughter your son.  We can find another way to redeem your vows.  We are willing to give you our properties, no matter how much to compensate your vows.”

Since so many were against him, he now realized that he was wrong thus repented and decided not to proceed with his initial wishes.

4 comments:

  1. Kalau buleh Tuan, Cube citer pasal asal usul Syiah dan Sunnah.

    ReplyDelete
  2. insya'allah kalau ada bahan... tapi saya lebih fokus kepada sirah Rasulullah sahaja.

    ReplyDelete
  3. jazakallahu khair!

    jauhnya permulaan sirah Nabi kita. saya hanya baca mula dari kelahiran Nabi, tak pernah tahu sirah sebelum tu. semoga usaha ni dapat ganjaran baik dari Allah!

    ReplyDelete
  4. Jika ada sebarang sumber yang lain boleh lah kita berkongsi bersama, insya'allah

    ReplyDelete