Tuesday, May 17, 2011

0012 Abdullah Anak Kesayangan

Malay 

Abdullah adalah anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttalib. Ini kerana Abdullah adalah anak yang paling tampan dan cantik perilakunya. 

Banyak kisah yang kita dengar menyatakan bahawa Abdullah adalah anak Abdul Muttalib yang paling bongsu. Sedangkan bapa saudara Nabi iaitu Hamzah hanya beberapa tahun sahaja tua dari Nabi. Ada setengah riwayat mengatakan beza umurnya hanya dua tahun, ada pula riwayat yang mengatakan 4 tahun. Tetapi ada juga kisah yang mengatakan beza umur mereka hanya beberapa bulan kerana Abdul Muttalib berkahwin dengan ibunya Halah binti Uhaib sama dengan hari perkahwinan Abdullah dengan Siti Aminah.

Abdullah adalah bersaudara seibu sebapa dengan Abu Talib. Hanya 2 orang ini sahaja anak Abdul Muttalib yang sebapa dan seibu. Oleh kerana hal itu lah Abdul Muttalib mewasiatkan kepada Abu Talib untuk menjaga Rasulullah saw setelah Abdullah meninggal dunia. 

English

0012 Abdullah the Favorite Son


Abdullah was the father of the prophet Muhammad pbuh.

He was the favourite son of Abdul Muttalib.  This was because Abdullah was his best looking and most well-behaved son.

Many reported that Abdullah was Abdul Muttalib’s youngest son.  However, the prophet’s uncle – Hamzah was only a few years older than the prophet.  There were reports that their age gap was a mere 2 years, some recorded that their difference was 4 years.  On the other hand, some reported that their age difference was only by a few months since Abdul Muttalib was married to Hamzah’s mother, Halah binti Uhaib the same day as Abdullah was married to Siti Aminah.

Abdullah shared the same parents with Abu Talib.  Their mother only had 2 sons.  This was the reason that Abdul Muttalib bequeathed that Muhammad was to be cared-for by Abu Talib upon Abdullah’s death.


No comments:

Post a Comment