Thursday, May 19, 2011

0016 Keturunan Ayahanda Dan Bonda Nabi

Sebelum kita menceritakan tentang Bagaimana Abdullah dan Siti Aminah berjumpa dan seterusnya berkahwin mari kita lihat semula Salah silah bapa dan ibunda Rasulullah saw.


Keturunan Ayahanda Nabi
Nabi Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib (Syaibah -si uban) bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai (Amru) bin Kilab (Hakim) bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan.


Kesahihan salah silah Nabi terputus sehingga Adnan sahaja. Salah silah yang seterusnya hingga Nabi Ismail as tidak lagi diakui oleh Rasulullah saw sendiri. Rasulullah pernah bersabda;


"Barangsiapa menghitung lagi salasilah selepas Adnan adalah dusta belaka."


Datuk-datuk Nabi merupakan orang-orang yang disanjung tinggi kerana akhlak mereka yang hebat, rupa yang tampan dan mempunyai kebolehan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran. Fihr bin Malik merupakan antara datuk Nabi yang paling masyhur. Dialah digelar 'Quraisy' yang bermaksud pembahagi roti. Usahanya yang bersungguh-sungguh mencari bekalan roti dan memberinya kepada orang-orang haji yang kelaparan pada musim kemarau.


Kerana itu lah Kaum Quraisy dipandang mulia berbanding kaum-kaum Arab yang lain.


Keturunan Bonda Nabi
Nama penuh Bonda Nabi ialah Siti Aminah binti Wahab. Dia berasal dari suku kaum yang sama dengan Sahabat Nabi yang terkemuka Saad bin Abu Waqqas iaitu Bani Zuhrah. Mari kita ikuti salasilah bonda Nabi.


Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab.


Kalau kita lihat di atas keturunan keduanya ayahanda dan bonda Nabi bertemu pada Kilab bin Murrah.


Allah swt mengatur supaya keturunan Nabi Muhammad saw dari keturunan yang baik-baik dan mulia.
Subahanallah...

No comments:

Post a Comment