Sunday, May 22, 2011

0018 Abdullah Berniaga di Syam

Selepas Berkahwin Abdullah tinggal bersama dengan bapa mertuanya iaitu Wahab bin Abdul Manaf selama 3 hari, sebelum membawa isterinya ke rumah ayahnya pula.


Selama 3 bulan Abdullah tidak keluar dari kota Mekah, dia hanya melakukan kerja-kerja dan perniagaan yang melibatkan kawasan sekitar kota Mekah sahaja. Selepas berlalu 3 bulan barulah Abdullah berangkat ke luar, untuk mencari rezki dan keperluan harian untuk kegunaan beliau dan isterinya. Sperti mana kebiasaan orang-orang Quraisy keluar ke negeri Syam dan Yaman, begitulah juga Abdullah. Setelah itu maka berangkatlah Abdullah ke Syam bersama-sama rombongan perniagaan yang lain dan dia ditemani oleh abang sulungnya iaitu al-Harith.


Di Mekah berniaga adalah bidang yang paling mudah dilakukan, Oleh kerana di Mekah tidak menawarkan banyak peluang pekerjaan maka berniaga adalah pilihan utama bagi penduduk Mekah ketika itu, lebih-lebih lagi untuk orang yang baru berumahtangga seperti Abdullah. Bukan tiada pekerjaan lain, contohnya menggembala kambing atau unta ianya cukup untuk memberi keperluan seharian, tetapi jika untuk menjadi jutawan dengannya adalah sukar.


Pertanian juga adalah satu bidang yang mustahil di Mekah kerana keadaan Mekah yang kering dan susah untuk mendapat bekalan air disini. Mekah bukan seperti Madinah yang tanahnya subur, banyak pokok-pokok hijau dan senang tumbuh disana.




Selain dari itu, Orang Mekah juga ada yang menyara hidup dengan menjadi tukang besi. 
Seperti Sahabat Nabi Khabbab bin al-A'rat.



No comments:

Post a Comment