Tuesday, May 17, 2011

0014 Bertemu Tukang Tilik Perempuan Madinah

Malay 

Abdul Muttalib kemuadiannya dinasihatkan untuk pergi meminta nasihat dari seorang dukun Wanita di Yathrib (Madinah). Setelah sampai di Yathrib bersama pembesar-pembesar Quraisy yang lain, berjumpa lah mereka dengan Kahinah. Mereka pun menceritakan tentang nazar Abdul Muttalib itu kepada Kahinah.


Pembesar Quraisy "Berapakah denda (diat) sebagai tebusan kerana membunuh seorang manusia?"


Kahinah. "Berapakah dendanya mengikut kebiasaan kaum kamu?"


"Sepuluh ekor unta." jawab pembesar Quraisy.


Kahinah. "kalau begitu setelah tuan-tuan pulang ke Mekah nanti, sembelihlah 10 ekor unta sebagai tebusannya. Kemudian setelah tebusan itu di buat, goncangkan lagi mangkuk undi itu, jika masih nama Abdullah yang keluar maka sembelih lah lagi 10 ekor unta. Teruslah berbuat begitu hingga nama Abdullah yang keluar."


Setelah sampai di Mekah, Abdul Muttalib pun melakukan penyembelihan 10 ekor unta seperti yang di beritahu oleh Kahinah tadi, dan diberikan daging-daging unta itu pada fakir miskin. Selepas itu dia membuat undian lagi, nama Abdullah juga yang masih keluar. Berlarutan lah perkara ini hingga 10 kali. Iaitu sebanyak 100 ekor unta baru lah undian itu berpindah kepada unta. Dengan itu selamatlah Abdullah dari menjadi mangsa korban untuk berhala. Dalam hal ini Rasulullah saw ada bersabda bermaksud;


"Aku adalah anak dari dua orang yang akan disembelih."


Iaitu Nabi Ismail as dan ayahanda Baginda Abdullah bin Abdul Muttalib.


Maksud Diat

Hukuman Diat bermakna pampasan atau pun ganti rugi.
Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada
wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan
oleh penjinayah keatas mangsanya.
Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya.

Bermula dari peristiwa itu lah bayaran diat, berubah dari 10 ekor unta kepada 100 ekor unta da ianya diperakui dalam Islam.

 English 
 

0014 Meeting a clairvoyant


Abdul Muttalib was later advised to meet with a clairvoyant in Yathrib (Madinah).  So he went, accompanied by the other Quraisy dignitaries.  The clairvoyant was a woman named Kahinah.  They promptly explained to her about Abdul Muttalib’s vows.

They said, “What is the fine to compensate his initial vows which was to kill another human?”
Kahinah asked them, “What is the usual fine(diat) in accordance to your community?”

“10 camels,” said one of the dignitaries.


Then Kahinah said, “if so, when you got back to Mekah, slaughter 10 camels as a fine.
  When that was done, shake the drawing bowl again, if Abdullah’s name was drawn again, slaughter another 10 camels.  Keep doing that each time Abdullah’s name was drawn.”
When they arrived in Mekah, Abdul Muttalib did as he was told, and he distributed the camels’ meat to the poor. 
Then he shook the drawing bowl and drew out a name, Abdullah’s name came up yet again.  This would go on for 10 times.  Hence 100 camels were sacrificed in place of Abdullah.  On the 11th draw, a camel was drawn instead.  Thus, saving Abdullah from being sacrificed. 
Our prophet Muhammad, once said:
“I am the descendant of two people who were supposed to be slaughtered.”
The two people mentioned were actually, the prophet Ismail and Abdullah bin Abdul Muttalib, Muhammad’s father.
 
The meaning of ‘Diat’
Diat means compensation or retribution.

Diat is the compensation to be paid or given by the wrong-doer to the guardians or heirs of his/her victim. 

The diat sentence is a type of punishment for offenses related to Qisas (retaliation)-type of misdeed.  It was a sentence determined and set by Allah and his prophet, in the Quran and the hadith, as the most appropriate punishment in crimes that involve bodily injuries or wounds.

Starting from Abdullah’s slaughter incident, a diat compensation was changed from 10 camels to 100 instead and this is recognized and accepted in Islam.

No comments:

Post a Comment