Tuesday, May 24, 2011

0020 Peristiwa Tahun Gajah

Sebelum kita menceritakan kisah kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad saw, penulis ingin menceritaka dahulu tentang peristiwa tahun gajah.


Nabi Muhammad saw dilahirkan di kota Mekah pada tahun Gajah bersamaan 570 Masehi. Pada tahun yang sama itu lah berlakunya serangan tentera bergajah ke atas kota Mekah dari Yaman, untuk meruntuhkan kota Mekah. 


Pada tahun itu negeri Yaman mempunyai seorang Gabenor yang bernama Abrahah bin Asram. Sejak beliau di lantik menjadi gabenor beliau sering merasa tidak puas hati terhadap Baitillah iaitu rumah Allah kerana ketika musim haji berpusu-pusu orang datang dari pelbagai arah dan kabilah untuk menunaikan haji.


Sungguhpun begitu masyarakat arab ketika itu tidak lagi menunaikan haji mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Ibrahim as, tetapi kemeriahan yang tercetus dari musim haji ini tetap sama ketika zaman Nabi Ibrahim as dulu.


Keadaan itulah yang membuatkan Abrahah bin Asram merasa dengki dan sakit hati dengan kemakmuran dan kemeriahan Kota Mekah setiap kali tibanya musim Haji. Sakitnya hati Abrahah hingga membuatkan dia tidak dapat tidur malam.


Setelah puas berfikir, Abrahah pun nekad untuk membina sebuah gereja baru di Yaman, dengan tujuan untuk menarik pengujung-pengujung kota Mekah berpindah ke Yaman pula. Maka dia pun mengerah rakyatnya supaya membina gereja yang bentuk nya sedikit berlainan dari gereja-gereja yang biasa di lihat. Gereja yang di bina itu lebih kepada acuan dan rupabentuk Ka'abah, kayu-kayu ditatah emas dan kebanyakkan perhiasan nya di tatah perak. Setelah siap Abrahah dengan bangganya menamakan gereja itu al-Qalisy.


Tindakan seterusnya, Abrahah terus menyeru penduduk arab yang berada di sekitar Yaman supaya menunaikan haji di gereja barunya yang terletak di kota San'a. Tetapi seruannya itu tidak mendatangkan apa-apa hasil kerana orang-orang Arab terus menunaikan Haji di Mekah.


Disebabkan sikap dingin orang ramai, api kemarahan Abrahah tidak dapat di bendung lagi kerana seruan dan usahanya menjadi sia-sia. Abrahah menjadi semakin marah apabila ada seorang Arab dari suku Kinanah sengaja membuang air besar di dalam gerejanya, kerana rasa benci pada gereja itu.


Maka berfikir lah lagi Abrahah bagaimana untuk selesaikan masalah ini.


Kerana marahnya Abrahah dia terus mengambil langkah drastik, iaitu menubuhkan satu pasukan tentera bergajah untuk merobohkan Ka'abah. Tentera yang terdiri dari 20,000 orang tentera itu, banyak membinasakan penempatan di sepanjang laluan ke Mekah itu. Disebabkan berita tentang tujuan Abrahah telah tersebar di serata tempat maka ada juga yang tampil ke depan untuk menghalang niat Abrahah itu. Pemimpin kabilah seperti, Zan Nafaraini telah nekad untuk berlawan dengan Abrahah, tetapi disebabkan jumlah orangnya yang sedikit dia telah di tawan oleh Abrahah dan di bawanya sekali dalam perjalanan ke Mekah. dan seorang lagi Kabilah yang menentang adalah, Nufail bin Habib dari kabilah Khat'sam. tetapi dia juga tewas.


gambar hiasan 




Tentera Abrahah Tersasar ke Taif



Dalam perjalanan menuju ke Mekah itu sebenarnya arah yang dituju oleh angkatan tentera Abrahah bin Asram telah tersasar dari laluan sebenar. Tentera pimpinannya itu telah tersasar ke arah Timur dan sampai ke Taif.

Diriwayatkan bahawa keadaan itu terjadi kerana Abrahah telah ditipu oleh penunjuk jalan yang mereka temui sepanjang perjalanan. Ini disebabkan berita Abrahah ingin merobohkan Ka'abah itu telah sampai diseluruh tempat. Disebabkan orang-orang Arab memandang suci rumah Allah iaitu Ka'abah di Mekah, maka mereka pun menunjukkan jalan yang salah kepada Abrahah.

Arahan Mengosongkan Kota Mekah

Setelah tersasar hingga ke Taif, Abrahah dan tenteranya berpatah balik dan menuju ke Mekah. Setelah 15 hari mengharungi padang pasir yang berdebu itu, mereka pun sampai ke Mekah dan mereka berhenti di pinggir kota Mekah. Abrahah tidak mahu terus masuk ke Mekah kerana tidak mahu penduduk Mekah tercedera. Bukanlah tujuannya untuk berperang dengan penduduk Mekah tetapi dia membawa 20,000 bala tentera hanya untuk merobohkan rumah Allah yang tertua di dunia, Ka'abah.

Sementara menunggu reaksi pembesar Mekah terhadap niatnya itu. Dia mengerahkan tenteranya untuk dirikan khemah sementara di pinggir kota Mekah. Ketika Abrahah menunggu dalam khemahnya. Beberapa orang tenteranya telah melakukan perbuatan khianat. Iaitu dengan merompak harta benda penduduk Mekah, khususnya binatang ternakan. Antara harta rompakannya termasuklah 100 ekor unta milik Abdul Muttalib pemimpin kaum Quraisy di kota Mekah ketika itu. Unta-unta itu bukanlah milik Abdul Muttalib secara peribadi ianya milik Ka'abah. Pada  masa-masa yang sesuai unta-unta itu diperah susunya atau di sembelih untuk diberi pada fakir miskin dan musafir yang kelaparan.

Keadaan itu membuatkan Abdul Muttalib berasa sedih, kerana untuk beliau merampas kembali unta-untanya yang telah dirampas itu adalah mustahil dengan kekuatan tentera Abrahah yang mampu meranapkan seluruh kota mekah itu, pasti dia tewas jika dia ingin menggunakan kekerasan.

Ketika Abdul Muttalib pening memikirkan masalah yang dihadapinya, datang seorang juru runding dari pihak Abrahah, iaitu Hinathah al-Himyari. Tetapi perundingan dengan wakil Abrahah itu tidak dapat menyelesaikan masalah yang kusut itu. Maka berangkatlah Abdul Muttalib ke khemah Abrahah untuk berunding dengan Abrahah bin Asram sendiri.
Setibanya Abdul Muttalib didepan Abrahah maka berlansunglah sesi dialog seperti berikut;

Abrahah: "Apakah tujuan Tuan datang ke sini wahai Abdul Muttalib?"

Abdul Muttalib: "Tujuan saya datang kesini hanya untuk meminta tuan bebaskan 100 ekor unta yang telah di rampas oleh tentera-tentera tuan."

Abrahah menjadi hairan kerana Abdul Muttalib lansung tidak menyebut tentang Ka'abah yang bakal dirobohkan itu. Terdetik rasa gembira di hati Abrahah.

Abrahah: "Apakah Tuan hanya mahu bicara tentang unta-unta tuan itu dan mengenepikan hal Ka'abah yang bakal dirobohkan sebentar lagi?"

Abdul Muttalib: "ini kerana unta-unta itu adalah milik ku, sedangkan Ka'abah itu ada pemiliknya yang akan melindunginya."

Abrahah menjawab dengan sombong : "Tidak ada sesiapa pun yang dapat melindunginya dari seranganku."

Abdul Muttalib: "jika demikian kerjakanlah ia sekehendak mu."

Dalam sesi dialog tadi dapat lah kita rumuskan bahawa Abdul Muttalib amat yakin bahawa tiada satu apa pun yang dapat mengganggu Ka'abah, kerana ianya dilindungi Allah swt. Kemudianya Abrahah mengantar utusannya yang tadi iaitu Hinathah al-Himyari untuk mengosongkan kota Mekah buat sementara waktu supaya dia boleh menjalankan kerja-kerja merobohkan Ka'abah dengan terhormat dan aman.Kerana tidak mahu melawan Abdul Muttalib dan penduduk kota Mekah yang lain keluar sementara proses meruntuhkan Ka'abah itu selesai.

1 comment: