Orang yang telah diamanahkan untuk menjaga kunci Ka'abah oleh Hubba binti Hulail adalah berasal dari kaum Hubba juga, dia juga merupakan ahli keluarga kepada Hubba. Orang yang diamanahkan itu mempunyai tabiat buruk seperti minum arak dan kuat mabuk. Memang kalau diikutkan jenis orang ini tidak layak memegang jawatan mulia ini. Tetapi kerana nasibnya baik kerana mendapat jawatan yang diidamkan ramai orang itu. Beliau yang dimaksudkan bernama Abu Ghibsyan al-Khuza'i, anak saudara kepada Hubba binti Hulail.
Qusai mengetahui bahawa Abu Ghibsyan adalah seorang pemabuk, tetapi Qusai bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan. Kalau diikutkan Qusai boleh membeli kunci itu daripada Abu Ghibsyan. Tetapi Qusai mempunyai hati yang mulia.
Manusia hanya merancang Allah yang tentukan segalanya. Begitulah yang terjadi. Ditakdirkan semua jawatan penting di kota Mekah tidak akan kekal di tangan kaum Khuza'ah, bila tiba masa dan ketikanya ia akan berpindah kepada kaum Quraisy melalui Qusai bin Kilab.
Dimulakan dengan Abu Ghibsyan yang ketagih arak itu datang ke rumah Qusai. Ini kerana dia tahu bahawa Qusai bin Kilab adalah saudagar yang kaya dan tentu boleh menolong dengan mudah. Abu Ghibsyan yang sangat ketagih arak itu pun menyuarakan keperluannya dengan berharap Qusai menolongnya. Dia juga sanggup membayar dengan apa harga sekali pun asalkan dia dapat arak.
Maka Qusai pun memberitahu Abu Ghibsyan yang arak-araknya itu seperti nilai kunci Ka'abah yang dimiliki Abu Ghibsyan. Dengan tanpa berfikir panjang, Abu Ghibsyan pun menjual kunci itu kepada Qusai dan jadilah kunci Ka'abah yang diidamkan Qusai itu menjadi miliknya yang sah.
Kisah penjualan kunci Ka'abah oleh Abu Ghibsyan kepada Qusai itu telah sampai ke pengetahuan para pembesar suku kaum Khuza'ah. Dengan secepat mungkin mereka mengadakan mensyuarat untuk berbincang tentang bagaimana cara untuk merampas kembali Kunci yang telah menjadi milik datuk nenek mereka setelah sekian lama. Tambahan pula Qusai bin Kilab itu bukan calang-calang orangnya, dia juga suami kepada Hubba binti Hulail yang jugak pemilik yang sah kepada kunci itu.
Qusai dapat menghidu rancangan pembesar Khuza'ah yang mahu merampas kunci itu daripadanya. Lantas dengan cepat dia meminta sokongan dari kaumnya iaitu kaum Quraisy untuk berdiri dibelakangnya jika apa-apa berlaku. Disebabkan peribadi Qusai yang begitu bersemangat untuk mempertahankan kunci itu, maka Kaumnya juga mendapat semangat yang sama. Kaum Quraisy mendapat kekuatan untuk menetang kaum Khuza'ah yang akhirnya terusir dari Kota Mekah, kerana kekurangan pemimpin berkaliber dari kaum Khuza'ah. Mereka hanya berani bertikam lidah sahaja.
Setelah kaum Quraisy mendapat kembali kota Mekah dari tangan kaum Khuza'ah, Qusai bin Kilab telah merampas semua jawatan-jawatan penting untuk dibahagikan kepada suku kaumnya.
Ada sepuluh jawatan dalam pentadbiran kota Mekah
1. Al-Hijabah (pemegang anak kunci Ka'abah)
2. Al-Siqayah (pemberi minum kepada jemaah Haji)
3. Al-Rifadah (Menguruskan makanan jemaah Haji)
4. An-Nawdah (Menguruskan bilik mensyuarat)
5. Al-Liwa' (Penjaga bendera Perang)
6. Al-Qiadah (Panglima atau pemimpin angkatan tentera)
7. Al-Musyawarah (pengendali mensyuarat)
8. Al-Kubah (membantu angkatan perang)
9. Al-Hukumah (jabatan pemerintahan) dalam erti kata lain tugas-tugas kehakiman
10. As-Sifarah (Perwakilan [negotiator] juru runding) antara tokoh yang pernah menjawat
jawatan ini adalah Utbah bin Rabiah dan Umar bin al-Khattab
diolah dari Sejarah Rasul Ulul Azmi terbesar -Tarikuddin bin Haji Hassan keluaran Jahabersa
English
The person entrusted by Hubba binti Hulail
with the Kaabah key was a relative and therefore another member of the Khuza’ah
clan. He was a horrible drunkard, unfit for
this noble position. It was only by luck
that he managed to get that prized position.
His name was Abu Ghibsyan al-Khuza’i, Hubba’s nephew.
Qusai knew that Abu Ghibsyan was a
drunkard, but decided that he would not take advantage over Abu Ghibsyan’s shortcomings.
One day, driven by his extreme need for
alcohol, Abu Ghibsyan came to Qusai’s house, since he figured that Qusai; a
rich businessman could easily help him to satisfy his addiction. Abu Ghibsyan asked Qusai to provide him with
alcohol and that he would pay for whatever the price is.
Qusai, seeing this as a golden opportunity,
told Abu Ghibsyan that he could have his badly needed liquors in exchange for
the Ka’abah key. Abu Ghibsyan didn’t
give it much thought and simply handed the key to Qusai. Finally, a dream came true for the Qusai.
When the Khuza’ah’s dignitaries caught wind
of the news, they immediately held a meeting to figure out how to pry the keys
back into their clutches. After all, the
keys had been theirs for quite some time now – an ancestral inheritance. On the other hand, Qusai bin Kilab apart from
being a force to be reckoned with, he was also the husband of Hubba binti
Hulail, the legal and apparent owner of the key.
Anticipating the Khuza’ah dignitaries’
plans, he instantly asked for his own clan, the Quraisy to back him up and
defend him. Passionate about protecting
and keeping the key, the Quraisy swiftly became inspired, gained strength and
joined him. The Khuza’ah in contrast was
too distracted by their own incessant arguments. Their lack of charismatic leaders also
proved a problem. In the end, the
Khuza’ah was banished from Mecca.
Mecca, at last fell back into the hands of
the Quraisy and Qusai divided the government posts amongst his clan.
There were 10 government administration
posts in Mecca:
1. Al-Hijabah - the Kaabah key keeper
2. Al-Siqayah – drinks distributor to the Haj pilgrims
2. Al-Siqayah – drinks distributor to the Haj pilgrims
3. Al-Rifadah – food manager for the Haj
pilgrims
4. An-Nawdah – conference room manager
5. Al-Liwa' – war flag keeper
6. Al-Qiadah - Army Commander
7. Al-Musyawarah – conference manager or chairman
8. Al-Kubah – assistant to the army
9. Al-Hukumah – Ministry of Justice
9. Al-Hukumah – Ministry of Justice
10. As-Sifarah – negotiator (Utbah bin
Rabiah and Umar bin al-Khattab once were the holders of this position)
Taken from ‘Sejarah
Rasul Ulul Azmi Terbesar’ written by Tarikuddin bin Haji Hassan and published
by Jahabersa
No comments:
Post a Comment