Friday, May 20, 2011

0017 Abdullah Berkahwin Dengan Siti Aminah

Kita telah mengetahui bahawa sifat-sifat yang terdapat pada Abdullah bin Abdul Muttalib adalah sangat hebat. Seorang lelaki yang tampan dan bersih tutur katanya, sopan perilakunya. Oleh kerana cantiknya perilaku dan fizikal Abdullah maka ramailah gadis-gadis yang jatuh cinta padanya. Abdullah digambarkan adalah lelaki yang paling tampan ketika itu. 


Abdullah memiliki cahaya pada dahinya, yang mana ia berpindah kepada Aminah ketika Abdullah mengahwini Aminah. Perkara itu menjadi buah mulut para gadis-gadis yang mencintai beliau.Ramai gadis yang meminang Abdullah sebagai suaminya seperti Ruqaiyah binti Naufal, Fatimah binti Murr, Laila al-Adawiyah, dan masih ramai wanita lain yang telah meminang Abdullah. Tapi semuanya ditolak oleh Abdullah.


Aminah pula adalah wanita yang sangat cantik. Para sejarawan tidak mengetahui sangat tentang Aminah kerana dia seorang wanita yang menjaga batas perggaulan. Amat cantik budi pekertinya, sentiasa mengasingkan diri dari perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat. Disebabkan itu tidak banyak kisah yang dicatatkan tentang kisah Aminah.

Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yang cantik dan suci. 



Pertemuan mereka bermula dengan Abdul Muttalib yang membawa Abdullah anaknya setelah Abdul Muttalib dapat membayar Diat menebus dari disembelih. Lalu membawanya kepada Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah yang waktu itu sebagai pemimpin bani Zuhrah, untuk dikahwinkan dengan Aminah. Maka setelah itu, berkahwin lah mereka berdua dengan sebenarnya seluruh peristiwa itu telah di rancang oleh Allah swt.


Ketika itu Abdullah baru berusia 25 tahun dan isterinya pula Aminah berumur bawah 20 tahun.

No comments:

Post a Comment