Oleh kerana perjalanan dari Syam ke Mekah sangat jauh dan memenatkan maka rombongan Quraisy pun berhenti berehat di Yathrib. Dengan ketentuan Allah, Abdullah telah jatuh sakit ketika di Yathrib, tidak dipastikan dengan jelas apakah penyakit yang menyerang Abdullah. Semakin hari semakin teruk, hingga berlarutan sampai berbulan-bulan lamanya. Oleh kerana ahli rombongan terpaksa balik ke Mekah, maka Abdullah di tinggalkan di sana oleh kerana ada orang yang menjaganya di sana iaitu anak saudaranya dari bani an-Najjar. Al-Harith abang sulung Abdullah juga pulang bersama-sama rombongan peniaga Quraisy kerana ingin memberitahu keadaan adik bongsunya itu kepada bapanya Abdul Muttalib.
Setelah berita sampai pada pengetahuan Abdul Muttalib, dia terus menyuruh al-Harith dan beberapa orang ahli keluarga yang lain pergi ke Yathrib untuk membawa Abdullah pulang ke Mekah. Tetapi setibanya al-Harith ke Yathrib Abdullah sudah pun meninggal dunia, dan dikebumikan disana.
Begitu sedih al-Harith mengenang nasib adik nya itu, sungguhpun tidak dapat membawa pulang adiknya itu, al-Harith membawa pulang barang-barang kepunyaan Abdullah, berupa 5 ekor unta, beberapa ekor kambing, dan hasil jualan Abdullah ketika berniaga di Syam. Ada riwayat mengatakan al-Harith juga membawa pulang seorang budak perempuan yang tidak diketahui umurnya, iaitu Ummu Aiman yang kemudianya menjadi pengasuh kepada Rasulullah saw.
gambar hiasan |
No comments:
Post a Comment