Sunday, May 15, 2011

0008 Peristiwa Hasyim Dengan Anak Saudaranya Umayyah (Hasyim and His Nephew, Umayyah )

Malay


Setelah kematian bapanya Abdul Manaf bin Qusai, Hasyim diamanahkan untuk memegang jawatan penting di Mekah. Manakala 3 saudaranya yang lain di beri tugas untuk mencari pengaruh di luar Mekah iaitu Abdul Syams, al-Muttalib dan Naufal.


Abdul Syams di beri tugas untuk menyeberangi laut Merah untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan raja an-Najasyi. Beliau mendapat kejayaan cemerlang.


an-Najasyi yang di maksudkan disini bukanlah individu yang sama dengan an-Najasyi yang memerintah Habsyah ketika zaman Rasulullah saw. Nama an-Najasyi adalah serupa dengan nama Firaun iaitu satu gelaran, jadi setiap individu yang memerintah Habsyah (Ethiopia) digelar dengan panggilan an-Najasyi.


Naufal anak ketiga Abdul Manaf, telah berangkat ke Farsi, bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan Maharaja Kisra Farsi. Dia juga berjaya.


Dan yang ketiga pula al-Muttalib bin Abdul Manaf bin Qusai. telah ke Yaman (kerajaan Himyar) untuk tujuan yang sama.


Hasyim yang telah diberi kepercayaan untuk mentadbir kota suci itu telah berjaya mendapat sokongan dan namanya disebut-sebut oleh setiap golongan masyarakat disitu. Kebijaksaan dan ketekunan beliau dalam mejalankan tugasnya sangat dikagumi oleh ramai orang. Oleh kerana itu, timbullah rasa tidak puas hati pada salah seorang anak saudaranya iaitu Umayyah, anak kepada Abdul Syams.


Dengan keadaan itu, Umayyah telah berusaha untuk menandingi bapa saudaranya dalam merebut kemasyuran. Dia mahu semua kemasyuran yang dikecapi bapa saudaranya itu berpindah ke genggamannya. Sakit hatinya bila melihat bapa saudaranya itu mendapat pujian dari ramai orang, tetapi tidak untuk keluarganya atau dirinya sendiri. Bermula dari perkara itu dia pun mula mencari pengaruh dengan membuat kerja-kerja mulia dan kerja-kerja kebajikan yang lain dengan harapan dia dapat menandingi kemuliaan bapa saudaranya. Setelah sekian lama bertungkus-lumus mendapatkan pengaruh, makan pada satu hari Umayyah pun merasakan dirinya sudah setanding dengan bapa saudaranya itu. Dengan segera dia pergi berjumpa dengan bapa saudaranya itu. lalu dia meminta di adakan satu pengadilan diantara mereka berdua, siapakah yang lebih mulia di antara mereka berdua, maka dilantiklah seorang hakim dan diletakkan syarat-syarat untuk pertandingan itu. Jika salah seorang dari mereka dipilih, maka orang yang kalah itu hendaklah menyembelih 100 ekor unta untuk diberi makan kepada fakir miskin, dan keluar dari kota suci itu dan berdiam diri selama 10 tahun.


Setelah seorang hakim dicari dan pengadilan dibuat maka ternyata sekali keputusannya berpihak kepada Hasyim bin Abdul Manaf iaitu bapa saudaranya Umayyah. Maka syarat-syarat tadi pun di penuhi oleh Umayyah.


Inilah titik tolak berlaku kegentingan tali persaudaraan antara keluarga Hasyim dan Umayyah, yang mana ia berlarutan hingga zaman Islam.






English



After his father, Abdul Manaf bin Qusai’s death, Hashim was entrusted with an important government position in Mecca.  Meanwhile, his siblings, Abdul Syams, al-Muttalib and Naufal were given diplomatic roles.

Abdul Syams excelled in his mission to create diplomatic ties across the Red Seas, with the al-Najashi.  Al-Najashi meant ‘The Emperor of Ethiopia’. 

Naufal, the third son of Abdul Manaf departed to Persia, also with the mission to create diplomatic ties with the Persian Emperor, the Kisra and succeeded,

While al-Muttalib bin Abdul Manaf bin Qusai was sent to Yaman (the Himyar Empire), with the same mission.

Back at home, the wise and industrious Hasyim; who was entrusted with the role of governing Mecca was very popular and admired.  This causes Umayyah, his nephew, the son of Abdul Syams to be resentful of him.

Green-eyed with envy, Umayyah attempted to supersede his uncle in terms of support and popularity.  He increased his efforts in doing good deeds and charity works to rival his uncle.  After some time, confident that his influence had surpassed that of Hasyim, Umayyah went to see Hasyim to challenge the latter to an honour competition.  Promptly, a judge was appointed and the terms were set up.  The loser of the competition would have to slaughter 100 camels to feed the poor, banished from the city and lay low for 10 years.

The result of the competition came out and Hasyim bin Abdul Manaf  was the winner.  Therefore, Umayyah had to abide by the rules and was banished from the city.

This was the start of the dispute between Hasyim’s family and Umayyah’s and would last into the golden age of Islam.

No comments:

Post a Comment