Tuesday, May 10, 2011

0004 Berkahwin Dengan Anak Perempuan Hulail (Marriage to Hulail’s Daughter)

Malay


Akhirnya perhubungan akrab antara Qusai dan Hulail berlanjutan dengan Hulail mengahwinkan anak perempuannya iaitu Hubba dengan Qusai bin Kilab.


Kehidupannya Qusai setelah berkahwin dengan anak pembesar Mekah itu, telah mengubah seluruh hidupnya. Qusai tidak lagi dianggap kaum kelas kedua di Mkeah seperti kaumnya Quraisy, tetapi dia dianggap termasuk dalam orang-orang kelas pertama yang mempunyai keistimewaan.


Qusai dan isterinya Hubba saling cinta-mencintai antara satu sama lain. Dan perasaan untuk mendapatkan jawatan bapa mertuanya semakin dekat ke dalam genggamannya. Pada fikiran Qusai, bukankah Hulail bin Hubsiyah itu bapa mertuanya? jadik kemana lagi Hulail akan serahkan jawatan itu jika tidak kepada isterinya Hubba.


Dengan perasaan sabar Qusai menunggu detik yang bermakna itu. Tetapi belum lagi nampak tanda-tanda seperti bapa mertuanya itu akan bersara. Untuk tidak menampakkan apa-apa yang ketara tentang niatnya itu. Qusai pun mula berniaga, atas usahanya yang gigih dan kepintarannya dalam perniagaan, Qusai berjaya menjadi pedagang yang sangat kaya di Mekah. Kejayaannya itu menjadi sebab kenapa kedua-dua kaum iaitu Quraisy dan Khuza'ah sangat menghormati Qusai bin Kilab.


Disebabkan itu, ramai lah para pembesar-pembesar dari kaum Khuza'ah berpendapat bahawa Qusai layak diberi jawatan-jawatan penting di Mekah oleh kerana beliau seorang yang sangat dihormati tambahan pula dia sangat berbakat dalam bidang pentadbiran dan berpolitik.




English



Qusai and Hulail’s close friendship was further enhanced with Hubba (Hulail’s daughter) marriage to Qusai bin Kilab. 



Qusai’s marriage to Hubba, the daughter of a Mecca dignitary, totally changed his life.  He was no longer considered a second-class citizen, like the rest of his Quraisy clan, but was now a first-class citizen with special privileges.  

Qusai and Hubba loves each other, & Qusai felt that his father-in-law’s prized position was now within his grasp.  Who else would inherit Hulail bin Hubsiyah’s position if not Hulail’s daughter, Hubba, he thought.  And isn’t Hulail his father-in-law?

With patience, Qusai waited for his opportunity.  In the meantime, his hopes that his father-in-law was going to retire anytime soon seemed far-fetched.  To appear unsuspicious, Qusai started his own business.  Since he was naturally bright and hardworking, he ended up as one of the most successful businessmen in Mecca. His success was one of the reasons that both clans – the Quraisy and the Khuza’ah fully respected him.

He therefore, gained the admiration of Khuza’ah dignitaries.  They collectively thought that Qusai should be entrusted with important positions in Mecca since he was well respected and talented in governance and politics.

No comments:

Post a Comment