Tuesday, May 10, 2011

0005 Qusai Terus Di runtun Perasaan Bimbang (Qusai Feeling Worried)

Malay


Ketika ajal Hulail bin Hubsiyah hampir tiba, dia mewasiatkan jawatan penting yang disandangnya itu kepada anak perempuannya Hubba, iaitu isteri kepada Qusai bin Kilab. Tugas al-Hijabah ini adalah satu tugas yang berat tapi mulia dan terhormat. Tetapi kenapakah Hulail menyerahkan tugas yang berat itu kepada anak perempuannya? Bukankah tugas ini sesuai dipikul oleh anak lelaki?

Tetapi itulah wasiat Hulail. Tiada siapa yang tahu kenapa dia berbuat dimikian.

Beberapa sekian lama, usia Hubba pun meningkat tua. Dia tidak lagi terdaya untuk menguruskan Ka'abah kerana anggota-anggota badannya sudah lemah tambahan pula dengan anak-anak yang ramai, sudah tentu dia tidak dapat memberi tumpuan penuh kepada tugasnya itu. Jadi tibalah masanya dia menyerahkan kunci Ka'abah itu kepada orang lain. Kalau diikutkan logik akal mestilah pemegang kunci yang dipilih ialah orang yang dia percaya untuk memikul amanah itu. Siapa lagi kalau bukan Suaminya Qusai. Hati Qusai mula berbunga-bunga kerana rancangannya akan berakhir dengan kejayaan.

Tetapi Hubba tidak menyerahkan kunci itu kepada suaminya tetapi menyerahkan kepada suku kaumnya juga iaitu salah seorang dari ahli keluargnya. Maka Qusai terus bimbang akan perkembangan ini. Dia bimbang jika kunci itu memang di takdirkan takkan menjadi miliknya dan seterunya milik kaum Quraisy.

Dari peristiwa ini maka nampaklah betapa besarnya cinta dan kepercayan Hubba kepada kaumnya iaitu Khuza'ah, melebihi kepercayaan kepada suaminya sendiri. Dengan itu terlepas lah peluang Qusai untuk merampas kembali hak kaumnya sebagai pemegang anak kunci Ka'abah, yang seterusnya menjadi titik tolak untuk kaum nya Quraisy untuk memegang jawatan-jawatan penting di Mekah.




English



As Hulail bin Hubsiyah got older, he wrote in his will that he would pass his all important position as the al-Hijabah to his daughter, Hubba; Qusai’s wife.  An al-Hijabah’s role was formidable yet noble and honourable, hence why would Hulail give this difficult role to his daughter instead of his son?


But that was his intent and nobody understands his reasons.

After sometime, Hubba grew old and could not manage the Kaabah since she was aging and getting weak.  Additionally she had to attend to her many children thus she couldn’t concentrate on her tasks as an al-Hijabah.  Logically, she would have entrusted Qusai, her husband to replace her as the key keeper.  Thinking about this prospect made Qusai very happy since his plan would finally bear fruit.

However, Hubba then, decided to give the key to another family member, obviously also from the Khuza’ah clan, apparently trusting her clan more than she trusted her husband.  This upsets Qusai thinking that he would probably never succeed in rightfully returning the key to the Quraishis.  

No comments:

Post a Comment